Assalamualaikum....
Dapat menikmati coklat yang dibuat sendiri pastinya best kan. Tambah2 dibantu anak-anak. Tentunya mereka sangat teruja untuk turut sama membuatnya.
Untuk membuatnya tidaklah susah sangat. Cuma kita perlu tahu kaedah yang betul untuk menghasikannya. Sekiranya berminat bolehlah mencuba resepi dibawah yang di CNP dari dapur Naz'z Cute Oven Small Kitchen. Izinkan saya copy untuk perkongsian bersama.
Home Made Chocolate
Sumber: Naz'z Cute Oven, Small Kitchen
Dicuba : norpa-keezah.blogspot.com- Duniaku
Bahan-bahan :
•Compound chocolate (banyak mana nak guna bergantung kepada kehendak masing-masing)
•Filling kesukaan - Peanut butter/ jam/ kekacang (roasted)/ kismis/ gajus/ badam/ blueberry/ strawberry - (option, tak letak pun tak apa)
•Chocolate mould atau bekas silicon ais cube tu pun boleh
Cara-cara :
1.Potong coklat kompoun menjadi kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan cairkan secara double boiler. Bila cair sepenuhnya. Tutup api.
2.Masukkan ke dalam pipping bag atau boleh sudukan saja ke dalam mould. Paipkan atau sudukan ke dalam mould hingga penuh dan biarkan keras samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk. (Kalau guna pipping bag, nak bagi tau awal-awal ni. Coklat tu amat panas! Jadi hati-hati. Kalau rasa tak mau merasai kepanasan coklat tu, guna je sudu. Naz guna pipping bag sebab nak mudahkan kerja..kira iron lady lah ni sebab tahan panas..wakahkahkah..)
3.Kepada sesiapa yang ingin meletakkan peanut butter atau kekacang ke dalam coklat ini, paipkan atau sudukan coklat suku atau separuh penuh saja di dalam mould. Kemudian letakkan filling yang anda gemari. Seterusnya paipkan atau sudukan coklat cair memenuhi mould. Kemudian keraskan coklat di dalam peti ais. Siap!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment