Assalamualaikum,
Ayam percik versi pengantin. Sebab ape versi pengantin ye. Sebenarnya ayam percik ni dibuat sempena majlis perkahwinan adik baru-baru ini. " Selamat Pengantin Baru buat adikku Tamezi n Rashiydah semoga berbahagia hingga akhir hayat.
Kepada yang berminat bolehlah mencuba resepi mudah ini..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 inci halia*
3 batang serai*
5 biji bawang merah*
10 tangkai cili kering*
* bhn yang bertanda di kisar halus
BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :-)
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 batang serai, di ketuk
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Sedikit air untuk merebus
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
2. UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
3. UNTUK AYAM PERCIK :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....@ masukkan ayam dalam oven. Sapu kuah pada keseluruhan ayam. Ulang proses ini beberapa kali sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment