Wednesday, 26 December 2012

CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE.

Assalamualaikum,

Percubaan pertama membuat kek ni kira oklah. x lah begitu menghampakan terutamanya bab hiasan rama-rama tu. Mmg menarik. Org yang menghasilkan resepi ni mmg kreatif. Sesiapa yang berminat utk mencuba boleh ke blog Masam Manis sbb sy x ada kerajinan untuk membuat step by step rama-rama 2.

Bahan-bahan untuk menghasilkan kek ini pun mudah didapati di pasaran. Kepada yang berminat bolehlah mencubanya.












Rasepi ini diambil dari dapur Masam Manis dan saya CNP di sini untuk perkongsian ilmu. Terima kasih kepada penyumbang resepi.


CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE
Sumber : Azlita Masam Manis
Dicuba : norpa-keezah.blogspot.com-Duniaku


1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh Baking Powder
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven pada suhu 175C
Sediakan cawan kertas secukupnya.
Letakkan cawan kertas dalam muffin tray
Ketepikan

Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder.
Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
Tuangkan dalam adunan tepung tadi
Pukul adunan hingga bergaul sempurna.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 ~ 35 ninit.
Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.

* Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.

Untuk toping atasnya ita gunakan ganache chocolate cream. Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2 adunan pun ok!


GANACHE CHOCOLATE CREAM

250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~ Dairy Whipping Cream
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila

Panaskan krim tenusu bersama sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
Tambahkan butter dan gaul rata
Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
Kemudian putar adunan hingga adunan kental
Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk membuat butterfly, boleh rujuk cara-cara membuatnya seperti di bawah

CHOLOLATE BUTTERFLY

150 gm coklat susu kompaun ~ cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih kompaun ~ cairkan secara double boiler

Kertas minyak
Plastik keras

Cairkan kedua-dua coklat di atas dalam bekas yang berasingan
Letakkan dalam piping bag.
Lukiskan corak rama-rama di atas kertas minyak.

Kemudian terbalikkan kertas.

Dengan menggunakan coklat masakan yang telah di cairkan dan diletakkan didalam piping bag, mulakan mencanting atas kertas.

Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.


Keluarkan dari peti ais dan cantingkan pula coklat masakan putih.

Buatlah corak atas kepak rama-rama jika suka.

Simpan semula dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah mengeras putuskan kedua kelopak tadi.

Sediakan plastik keras.
Lipat 2 plastik keras tersebut
Letakkan atas bekas telur.

Letakkan kedua-dua kepak rama-rama tadi atas plastik keras.

Dengan menggunakan coklat masakan letakkan badan rama-rama untuk melekatkan antara 2 kepak tersebut bagi membentuk rama.

Setelah siap simpan dalam peti ais hingga keras.
Bolehlah di jadikan hiasan atas kek atau atas kek cawan. Selamat mencuba!











No comments: