Assalamualaikum.....
Acar Rebung.
Rebung... pelbagai juadah boleh disediakan dengan rebung.Antaranya dibuat masak lemak, sayur air, dimasak dengan daging salai dan sebagainya. Selain itu rebung juga boleh dijadikan acar dan kerabu.
Pilihan saya kali ini ialah acar.Menu ni unik gabungan rasa manis dan masam. Sesuai untuk hidangan tengah hari dan malam.Jom kita semak menu yang ringkas ini.
Bahan-bahan
2 pucuk rebung-dibersihkan dan dipotong bentuk jejari
seinci halia*
seinci kunyit*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar-potong 4
2 biji lada besar- potong serong
3 sudu besar cuka
400ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
Minyak untuk menumis
*Kisar bahan bertanda
Cara membuatnya
Rebus rebung separuh masak- toskan
Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* sampai naik bau.
Tambah cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
Masukkan rebung,cuka,gula dan garam.Tambah sedikit air dan masak seketika.
Masukkan bawang besar dan lada besar.
Tambah santan pekat. Masak sehingga rebung empuk. Suaikan rasa
Sedia dinikmati.
* Masakan ini tidak berkuah. Kepada yang inginkan kuah boleh tambah sedikit air.
No comments:
Post a Comment