Thursday, 10 January 2013

KEK KAREMEL

Assalamualaikum,

Penangan kek ni mmg hebat. Setelah berkali-kali mencuba akhirnya terhasil lah sebiji kek yang Wallaaaa....mmg sedap. Percayalah....kek ni gebu,lembut dan lembab. Tidak terlalu manis dan dengan warnanya yang pelbagai pastinya membuatkan kita tidak sabar-sabar untuk menikmatinya.











Sebelum memulakan proses membuat kek ni, bacalah dahulu bahan-bahan yang diperlukan dengan teliti. Fahami dahulu langkah-demi langkah untuk membuatnya. Kemudian pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik. Berdasarkan pengalaman sendiri, setelah berkali-kali percubaan gagal, kesilapan teknik membuatnya menyebabkan kek yang dihasilkan tidak menarik strukturnya. Namun, apabila telah berjaya....wallllaaa kek yang terhasil mmg2 menarik. Terasa sayang pula nk makan. Sekejap je licin

Seandainya gagal jangan disalahkan resepi yang telah dikongsi. Buat lagi Insya-Allah pasti berjaya. Kepada yang berjaya dalam percubaan pertama syabas diucapkan. Sekiranya berminat bolehlah mencuba resepi dibwh ye...

KEK KEREMEL PELANGI.

Resepi: Munirah Baharum
Dicunba: norpa-keezah.blogspot.com-Duniaku


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik.


Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Panaskan oven terlebih dahulu.Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.











Sekiranya ingin melihat step by step jenguklah blog Masam Manis ye...gaambar2 pun menarik.





CHEESE TART

Assalamualaikum,











Bertemu lagi di awal tahun baru 2013. Blueberry @ Strawberry Cheese Tart. Namanya sesedap rasanya. Kalau x percaya bolehlah cuba membuatnya. Kita juga boleh menunjukkan skill utk mendeco cheese tart yang dibuat.Pastinya kreativiti akan terserlah ketika mendeco nanti.....


Kali ini saya menggunakan kedua-dua filling iaitu blueberry dan strawberry filling. Dua-duanya pon sodap. Banyak blog dah tayang Cheese tart ni. Kali ini saya CNP dari blog Yatie's Sinar Kehidupan. Untuk melihat pelbagai deco Cheese Tart boleh singgah blog Kak Wan. Pelbagai deco yang menarik terdapat di situ. Mmg kreatif. Tak puas mata memandang membuatkan kita terleleh ayq liur melihatnya.


Kepada yang berminat bolehlah mencuba Cheese Tart ni ye...










Sumber : Sinar Kehidupan
Dicuba : norpa- keezah.blogspot.com-Duniaku

Cheese Tart

Bahan-Bahan.
•170gm marjerin atau butter
•50gm gula aising
•1 biji telur Gred C
•290gm tepung gandum
•1 sudu kecil esen vanilla
•acuan tart


Cara- Caranya

1.Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
7.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

Bahan-Bahan
•250gm cream cheese
•50gm gula kastor / gula halus
•1 biji telur Saiz B
•½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara- Caranya

1.Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan

1.Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
2.Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Cara buat lorekkan.

1.Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
2.Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
3.Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
4.Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
5.Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese