Thursday, 5 December 2013

SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum......

Kombinasi kek yang kaya dengan cheese. Kepada penggemar-penggemar cheese bolehlah mencuba kek ini. Struktur keknya sangat gebu dan lembut.Kali ini saya berguru dengan Kak Yatie dari blog http://yatiememories.blogspot.com/. Kepada yang berminat bolehlah menjengah blog Kak Yatie ye. Resepi snow cheesecake ini saya copy terus dari blog ini.











SNOW CHEESECAKE
Sumber : Sinar Kehidupan (yatiememories.blogspot)

Bahan-Bahan-
loyang 8x8


•6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
•100 gm gula halus
•100 gm tepung hong kong (blue key superfine boleh juga)
•60 gm tepung jagung (maizena)
•50 ml air sejuk (dr peti ais)
•1 sudu teh baking powder
•2 sudu teh ovelet
•75 gm mentega (dicairkan)


UNTUK KRIM
•1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
•1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.


UTK TOPPING
•1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)


Cara-cara:
1.Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3.Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.








Friday, 25 October 2013

ACAR REBUNG

Assalamualaikum.....

Acar Rebung.

Rebung... pelbagai juadah boleh disediakan dengan rebung.Antaranya dibuat masak lemak, sayur air, dimasak dengan daging salai dan sebagainya. Selain itu rebung juga boleh dijadikan acar dan kerabu.

Pilihan saya kali ini ialah acar.Menu ni unik gabungan rasa manis dan masam. Sesuai untuk hidangan tengah hari dan malam.Jom kita semak menu yang ringkas ini.










Bahan-bahan

2 pucuk rebung-dibersihkan dan dipotong bentuk jejari
seinci halia*
seinci kunyit*
3 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
2 sudu besar cili kisar
1 labu bawang besar-potong 4
2 biji lada besar- potong serong
3 sudu besar cuka
400ml santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
Minyak untuk menumis
*Kisar bahan bertanda
Cara membuatnya

Rebus rebung separuh masak- toskan
Panaskan minyak dan tumis bahan bertanda* sampai naik bau.
Tambah cili kisar dan tumis sampai pecah minyak
Masukkan rebung,cuka,gula dan garam.Tambah sedikit air dan masak seketika.
Masukkan bawang besar dan lada besar.
Tambah santan pekat. Masak sehingga rebung empuk. Suaikan rasa
Sedia dinikmati.

* Masakan ini tidak berkuah. Kepada yang inginkan kuah boleh tambah sedikit air.




Wednesday, 23 October 2013

CREAM PUFF

Assalamualaikum....

Bersua lagi di alam maya. Kali ini saya kongsi resepi cream puff yang pada saya sangat menepati selera kami sekeluarga. Resepi ini diambil dari blog Anna Qaseh AzZahra. Mmg gebu dan kastardnya sedang2 sahaja rasa manisnya.






Sebelum diisi dengan filling kastad


Kepada yang berminat bolehlah mencuba resepi yang mudah ini ye...Resepi ni saya copy terus dari blog Anna Qaseh AzZahra.


CREAM PUFF

Sumber : Cik EPAL,ANNA QASEH AzZAHRA


Bahan-bahan :
• 125grm butter
• 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
• 150grm tepung gandum *diayak bersama garam
• secubit garam
• 4 biji telur
• 1 sdk esen vanila

Cara-Cara :
• Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
• Masukkan tepung gandum bersama garam
• Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk.
• Tutup api dan masukkan ke dalam mixer.
• Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam.
• Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur.
• Masukkan juga esen vanila.
• Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.
• Alas loyang dengan butter/paper/alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan.
• Buat sehingga habis, spray/sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.
• Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20-25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar)
• "On" kipas oven jika ada.
• Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan inti pilihan.

RESEPI INTI KASTARD

Bahan-bahan :
• 2 sdb tepung jagung
• 2 sdb tepung kastard
• 1 1/2 cawan susu segar *boleh guna susu cair dengan air -( 1 : 1)*lebih sedap
• 2 biji telur
• 1/2 - 1sdk esen vanila
• 3 sdb gula (boleh ditambah kerana inti ni kurang manis)

Cara-cara :
• Satukan semua bahan di dalam periuk, kacau dengan api sederhana sehingga masak, likat & meletup-letup(mendidih)
• Inti boleh digunakan.

RESEPI INTI KASTARD (Tanpa Telur)
Sumber : Kak Ida & Tun Telani

Bahan2:
• 2 camca besar tepung kastard
• 2 camca besar gula kastor
• 1 1/3 cawan susu segar
• 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

Cara2:
• Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.
• Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
• Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
• *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje.
Cara menyediakan Cream Puff

• Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu.
• paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff
• Tabur gula icing diatasnya.
• Jemput makaaannn..

* Untuk mendapatkan kastard yang licin putar kastard dengan mixer sehingga suam. Kastard akan menjadi licin dan berkilat.










SAYUR KELADI

Assalamualaikum.....

Lamanya tak update blog. Dek kerana terlalu bz sampai terlupa plak ada blog sampai seorang kwn call tanya resepi apam aiskrim br2 ni.Rupa2nya kat blog tu tak disertakan dgn resepi. Cuma ada pic apam sahaja.....adoi cam manalah boleh lupa. Nasib baik ada link blog Kak azlita kat situ. Dapatlah member 2 jengah blog Kak Azlita n copy resepi apam 2.

Buat sahabat baikku Roslina salleh....kalu dah try buat apam 2 hantarlah kat sini cikit ye...tp comfirm mmg sedap n gebu.



Oklah. N3 kali ini adalah menu untuk lunch selepas hari raya korban hari tu.Menu yang simple iaitu Sayur Keladi Cara masakan orang Terengganu.Lain negeri lain cara olahan dan masakannya.

Kepada yang telah tau resepinya oklah 2. Juga yang berminat bolehlah cuba resepi yang simple n mudah ini....


Sayur Keladi

2 batang keladi
segenggam ikan bilis
1/2 sudu teh lada hitam
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
Secubit kunyit
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit daun Kesom
Air secukupnya.

Cara-caranya
Siang keladi. Buang kulit luarnya. Rendam seketika agar keladi tidak berubah warna.
Rebus keladi sehingga empuk bersama asam keping. Boleh buang air rebusan @ terus guna sebagai kuah.Masukkan ikan bilis
Tumbuk lada hitam, bwg putih, kunyit dan cili padi sampai lumat.Masukkan dalam rebusan keladi.
Biarkan seketika sehingga keladi betul-betul lembut. Masukkan daun kesom dan garam
(masakan sayur ni di Terengganu biasanya dicampur dengan sedikit budu sebagai pelengkap rasa)
Sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakan bersama nasi panas.










Wednesday, 10 July 2013

KETAM GORENG TELUR MASIN

Assalamualaikum,

Bersua kembali di alam maya. Kali ini kita cuba pula masakan untuk hidangan tengah hari atau malam. Kepada penggemar ketam bolehlah mencuba resepi ini sebagai juadah berbuka.




































KETAM GORENG TELUR MASIN
By: Kak Zila@zila4ever n
Qasey Honey


Bahan-bahan:-
• 3 ekor ketam bunga
• 10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
• 2 tangkai daun kari
• 3 sudu besar butter
• 5 biji telur masin (QH letak 5 biji kuning telur)
• 2 biji putih telur masin (yang ni QH tambah)
• 1 sudu kecil gula
• 3 sudu besar susu cair (QH guna santan)
• 2 biji bawang putih - di ketuk
• 3 sudu besar tepung jagung
• garam
• serbuk lada sulah secukupnya
• minyak masak untuk menggoreng

Caranya
1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan – zila tambah 1 biji bahagian putih telur masin. (QH tambah sebiji lagi putih telur)
2. bersihkan ketam potong kepada dua bahagian, goreng dengan tepung jagung.
3. goreng deep fried - asingkan
4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi sampai wangi
5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.
6. Masukkan susu segar, gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.(susu QH gantikan dengan santan)
7. Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.






























Monday, 8 July 2013

TART BUAH

Assalamualaikum,

Tart Buah...Tart ini dibuat sempena pot luck hr 2. Mmg mabeles. Kepada rakan-rakan yang berminat bolehlah cuba resepi ini ye...



































Crust tart buah yang telah dipaip ngan krim custard.
















Setelah dihias dengan buah-buahan.



Tart Buah.

Ilham: Majalah Saji


Bahan-bahan Tart

375 gm mentega
625 gm tepung gandum
125gm gula aising
2 biji telur
1 sudu besar esen vanila


Bahan untuk krim

200 gm serbuk kastard segera
200 gm whipping cream
100 gm non dairy whipping cream
100 gm coklat masakan ( cairkan double boiler )
3/4 cwn air

Bahan Hiasan

Buah pear
Anggur
Serbuk jeli segera



Cara menyediakannya

1. Satukan mentega, gula dan tepung. Ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan esen vanila dan telur. Uli hingga sebati

2. Rehatkan sebentar adunan dalam peti sejuk. ( setengah jam )

3. Kemudian terapkan adunan dalam acuan tart dan bakar hingga masak selama 15 minit dengan suhu 160 c.

4. Apabila sudah masak sejukkan dan sapu dengan coklat masakan yang telah dicairkan dengan kaedah double boiler.

5. Untuk krimnya, bancuh serbuk kastrard segera dengan sedikit air dan masukkan whipping cream. Kacau sebati. Kemudian tambah non dairy whipping cream dan pukul sehingga kembang. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

6. Paipkan krim dengan piping beg ke dalam acuan tart. Susun buah diatasnya.

7. Panaskan jeli segera dan sapukan keatas buah-buahan sehingga rata. Tabur dengan coklat urai. Sedia dinikmati


























Saturday, 1 June 2013

PUDING TAPAI RINTIK CENDOL

Assalamualaikum...


Puding Tapai Rintik Cendol. Mmg sedap dimakan di kala petang. Kepada yang menggemari tapai, puding ini mmg sesuai sekali kerana rasa tapainya yang lemak manis bersama dengan santan.














Kepada yang berminat bolehlah mencuba resepi ini.


PUDING TAPAI RINTIK CENDOL

Ilham : Nunung dan Azlita Aziz


100 gm cendol
100 gm tapai pulut
sedikit pewarna pink
Campurkan tapai pulut dengan pewarna pink, kemudian cuci bersih, ketepikan
~ Cuci ni bilas atau lalukan dekat air sahaja untuk buang lebihan warna pink. Jangan bimbang kerana rasanya masih ada. Proses ini hanya untuk dapatkan rintik-rintik pink sahaja dalam puding.

Lapisan Hijau

1/2 paket agar-agar serbuk agar-agar
180 gm gula pasir
900ml santan dari 1 biji kelapa
Secubit garam
3 biji kuning telur dipukul
300g tapai pulut ~ dikisar
Pewarna hijau secukupnya
1/2 sudu teh paste pandan

Satukan agar-agar, gula, santan dan garam, kacau rata.
Kemudian masak hingga mendidih. Kecilkan apinya.
Ambil sebahagian adunan agar-agar lalu campurkan kedalam kuning telur sambil dipukul rata. Kemudian masukkan kembali kedalam baki agar-agar tadi.
Masukkan tapai pulut yang dikisar kemudian kacau rata
Ambil 1/3 adunan dan campurkan dengan cendol dan tapai pulut yang diwarnakan pink ~ Ketepikan.
Warnakan lebihan adunan agar-agar pulut dengan warna hijau dan paste pandan.
Tuangkan 1/2 bahagian adunan hijau kedalam loyang persegi berukuran 10cmx20cm dan biarkan ia mengeras.









Lapisan Karemel

3 sudu besar gula pasir
250ml air panas

Panaskan gula dalam periuk kecil hingga kekuningan dan menjadi karamel. Tuangkan air panas dan kacau rata. Ketepikan.

1/2 paket agar-agar
200ml air
3 sudu besar gula pasir

Masak semua agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Tuangkan karamel kedalam agar-agar
Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian.

Tuang 1 bahagian di atas puding hijau.
Biarkan mengeras.
Tuangkan agar-agar cendol di atasnya.
Biarkan mengeras.
Kemudian tuangkan semula puding karamel dan lebihan puding hijau secara berturut.
Biarkan ia sejuk dan simpan di dalam peti ais.
Keluarkan puding dari loyang dan hidangkan.



















Thursday, 28 March 2013

RED VELVET CAKE

Assalamualaikum,

Tentu ramai kawan-kawan yang dah pernah merasai keenakan kek " SI BALDU MERAH " ni. Melihat kepada bahan-bahan untuk membuatnya tidaklah susah. Cuma memerlukan kerajinan dan kesabaran semasa membuatnya.

Rasanya pasti ramai yang terpikat dengan tekstur keknya yang lembut dan gebu. Kepada yang berminat bolehlah cuba membuat kek ini. Resepi sebagaimana di bawah.












RED VELVET CAKE

1 1/4 cup tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu kecil pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk -
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 165 C.
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 165 C selama 50 minit atau sehingga masak.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian.
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.






Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku


Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.












Wednesday, 27 March 2013

AYAM PERCIK VERSI PENGANTIN

Assalamualaikum,

Ayam percik versi pengantin. Sebab ape versi pengantin ye. Sebenarnya ayam percik ni dibuat sempena majlis perkahwinan adik baru-baru ini. " Selamat Pengantin Baru buat adikku Tamezi n Rashiydah semoga berbahagia hingga akhir hayat.




Kepada yang berminat bolehlah mencuba resepi mudah ini..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 inci halia*
3 batang serai*
5 biji bawang merah*
10 tangkai cili kering*
* bhn yang bertanda di kisar halus

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :-)
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 batang serai, di ketuk
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Sedikit air untuk merebus

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
2. UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
3. UNTUK AYAM PERCIK :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....@ masukkan ayam dalam oven. Sapu kuah pada keseluruhan ayam. Ulang proses ini beberapa kali sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Selamat mencuba



Thursday, 10 January 2013

KEK KAREMEL

Assalamualaikum,

Penangan kek ni mmg hebat. Setelah berkali-kali mencuba akhirnya terhasil lah sebiji kek yang Wallaaaa....mmg sedap. Percayalah....kek ni gebu,lembut dan lembab. Tidak terlalu manis dan dengan warnanya yang pelbagai pastinya membuatkan kita tidak sabar-sabar untuk menikmatinya.











Sebelum memulakan proses membuat kek ni, bacalah dahulu bahan-bahan yang diperlukan dengan teliti. Fahami dahulu langkah-demi langkah untuk membuatnya. Kemudian pastikan peralatan yang hendak digunakan dalam keadaan baik. Berdasarkan pengalaman sendiri, setelah berkali-kali percubaan gagal, kesilapan teknik membuatnya menyebabkan kek yang dihasilkan tidak menarik strukturnya. Namun, apabila telah berjaya....wallllaaa kek yang terhasil mmg2 menarik. Terasa sayang pula nk makan. Sekejap je licin

Seandainya gagal jangan disalahkan resepi yang telah dikongsi. Buat lagi Insya-Allah pasti berjaya. Kepada yang berjaya dalam percubaan pertama syabas diucapkan. Sekiranya berminat bolehlah mencuba resepi dibwh ye...

KEK KEREMEL PELANGI.

Resepi: Munirah Baharum
Dicunba: norpa-keezah.blogspot.com-Duniaku


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik.


Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Panaskan oven terlebih dahulu.Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.











Sekiranya ingin melihat step by step jenguklah blog Masam Manis ye...gaambar2 pun menarik.





CHEESE TART

Assalamualaikum,











Bertemu lagi di awal tahun baru 2013. Blueberry @ Strawberry Cheese Tart. Namanya sesedap rasanya. Kalau x percaya bolehlah cuba membuatnya. Kita juga boleh menunjukkan skill utk mendeco cheese tart yang dibuat.Pastinya kreativiti akan terserlah ketika mendeco nanti.....


Kali ini saya menggunakan kedua-dua filling iaitu blueberry dan strawberry filling. Dua-duanya pon sodap. Banyak blog dah tayang Cheese tart ni. Kali ini saya CNP dari blog Yatie's Sinar Kehidupan. Untuk melihat pelbagai deco Cheese Tart boleh singgah blog Kak Wan. Pelbagai deco yang menarik terdapat di situ. Mmg kreatif. Tak puas mata memandang membuatkan kita terleleh ayq liur melihatnya.


Kepada yang berminat bolehlah mencuba Cheese Tart ni ye...










Sumber : Sinar Kehidupan
Dicuba : norpa- keezah.blogspot.com-Duniaku

Cheese Tart

Bahan-Bahan.
•170gm marjerin atau butter
•50gm gula aising
•1 biji telur Gred C
•290gm tepung gandum
•1 sudu kecil esen vanilla
•acuan tart


Cara- Caranya

1.Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
7.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.

Bahan-Bahan
•250gm cream cheese
•50gm gula kastor / gula halus
•1 biji telur Saiz B
•½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara- Caranya

1.Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
2.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan

1.Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
2.Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.

Cara buat lorekkan.

1.Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
2.Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
3.Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
4.Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
5.Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese