Assalamualaikum,
Percubaan pertama membuat kek ni kira oklah. x lah begitu menghampakan terutamanya bab hiasan rama-rama tu. Mmg menarik. Org yang menghasilkan resepi ni mmg kreatif. Sesiapa yang berminat utk mencuba boleh ke blog Masam Manis sbb sy x ada kerajinan untuk membuat step by step rama-rama 2.
Bahan-bahan untuk menghasilkan kek ini pun mudah didapati di pasaran. Kepada yang berminat bolehlah mencubanya.
Rasepi ini diambil dari dapur Masam Manis dan saya CNP di sini untuk perkongsian ilmu. Terima kasih kepada penyumbang resepi.
CHOCOLATE MAYONNAISE CUP CAKE
Sumber : Azlita Masam Manis
Dicuba : norpa-keezah.blogspot.com-Duniaku
1 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh Baking Powder
1/2 cawan mayonnaise
1/2 cawan nescaffe segera yang telah di bancuh bersama air
1 sudu teh esen vanilla
Panaskan oven pada suhu 175C
Sediakan cawan kertas secukupnya.
Letakkan cawan kertas dalam muffin tray
Ketepikan
Ayakkan tepung, serbuk koko, garam, dan baking powder.
Dalam bekas lain, satukan mayonnaise, nescaffe dan esen vanilla.
Tuangkan dalam adunan tepung tadi
Pukul adunan hingga bergaul sempurna.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 cawan.
Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 25 ~ 35 ninit.
Setelah masak keluarkan dan sejukkan atas redai.
* Masa membakar jangan terlebih bakar kerana kek akan kering nanti jika over cook.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk memastikan kek telah di bakar sempurna. Jika lidi keluar licin bermakna kek telah di bakar dengan sempurna.
Untuk toping atasnya ita gunakan ganache chocolate cream. Resepi di bawah ni untuk satu adunan. Kalau buat 1/2 adunan cup cake, ganache coklat ni buat 1/2 adunan pun ok!
GANACHE CHOCOLATE CREAM
250 gm dark chocolate ~ coklat masakan gelap dan hiris halus
250 gm krim tenusu ~ Dairy Whipping Cream
1 sudu makan sirap glukos atau golden sirap ( sirap kencana)
1 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
Panaskan krim tenusu bersama sirap glucos hingga terbit buih2 kecil tepi periuk sahaja
tuangkan dalam mangkuk berisi irisan coklat biar sekejap dan kemudian gaul rata hingga ia mencair
Tambahkan butter dan gaul rata
Jika adunan masih berketul panaskan adunan dengan kaedah double boiler hingga adunan licin.
Biarkan adunan sejuk sepenuhnya.
Kemudian putar adunan hingga adunan kental
Masukkan dalam piping bag, letakkan nozel dan sedia untuk di hiaskan pada kek
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.
Untuk membuat butterfly, boleh rujuk cara-cara membuatnya seperti di bawah
CHOLOLATE BUTTERFLY
150 gm coklat susu kompaun ~ cairkan secara double boiler
150 gm coklat putih kompaun ~ cairkan secara double boiler
Kertas minyak
Plastik keras
Cairkan kedua-dua coklat di atas dalam bekas yang berasingan
Letakkan dalam piping bag.
Lukiskan corak rama-rama di atas kertas minyak.
Kemudian terbalikkan kertas.
Dengan menggunakan coklat masakan yang telah di cairkan dan diletakkan didalam piping bag, mulakan mencanting atas kertas.
Simpan dalam peti ais hingga ia mengeras.
Keluarkan dari peti ais dan cantingkan pula coklat masakan putih.
Buatlah corak atas kepak rama-rama jika suka.
Simpan semula dalam peti ais hingga mengeras.
Setelah mengeras putuskan kedua kelopak tadi.
Sediakan plastik keras.
Lipat 2 plastik keras tersebut
Letakkan atas bekas telur.
Letakkan kedua-dua kepak rama-rama tadi atas plastik keras.
Dengan menggunakan coklat masakan letakkan badan rama-rama untuk melekatkan antara 2 kepak tersebut bagi membentuk rama.
Setelah siap simpan dalam peti ais hingga keras.
Bolehlah di jadikan hiasan atas kek atau atas kek cawan. Selamat mencuba!
Wednesday, 26 December 2012
HOME MADE CHOCOLATE
Assalamualaikum....
Dapat menikmati coklat yang dibuat sendiri pastinya best kan. Tambah2 dibantu anak-anak. Tentunya mereka sangat teruja untuk turut sama membuatnya.
Untuk membuatnya tidaklah susah sangat. Cuma kita perlu tahu kaedah yang betul untuk menghasikannya. Sekiranya berminat bolehlah mencuba resepi dibawah yang di CNP dari dapur Naz'z Cute Oven Small Kitchen. Izinkan saya copy untuk perkongsian bersama.
Home Made Chocolate
Sumber: Naz'z Cute Oven, Small Kitchen
Dicuba : norpa-keezah.blogspot.com- Duniaku
Bahan-bahan :
•Compound chocolate (banyak mana nak guna bergantung kepada kehendak masing-masing)
•Filling kesukaan - Peanut butter/ jam/ kekacang (roasted)/ kismis/ gajus/ badam/ blueberry/ strawberry - (option, tak letak pun tak apa)
•Chocolate mould atau bekas silicon ais cube tu pun boleh
Cara-cara :
1.Potong coklat kompoun menjadi kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan cairkan secara double boiler. Bila cair sepenuhnya. Tutup api.
2.Masukkan ke dalam pipping bag atau boleh sudukan saja ke dalam mould. Paipkan atau sudukan ke dalam mould hingga penuh dan biarkan keras samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk. (Kalau guna pipping bag, nak bagi tau awal-awal ni. Coklat tu amat panas! Jadi hati-hati. Kalau rasa tak mau merasai kepanasan coklat tu, guna je sudu. Naz guna pipping bag sebab nak mudahkan kerja..kira iron lady lah ni sebab tahan panas..wakahkahkah..)
3.Kepada sesiapa yang ingin meletakkan peanut butter atau kekacang ke dalam coklat ini, paipkan atau sudukan coklat suku atau separuh penuh saja di dalam mould. Kemudian letakkan filling yang anda gemari. Seterusnya paipkan atau sudukan coklat cair memenuhi mould. Kemudian keraskan coklat di dalam peti ais. Siap!
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 25 December 2012
ROTI BAKAR BERDAGING
Assalamualaikum.....
Cuaca yg tak menentu sekarang ni,kadang-kadang membuat perut kita berkeroncong mtk diisi. Kalau dapat menikmati sepotong roti bakar yang panas tentu asyik kan. Tambah-tambah dipadankan dengan kopi panas. Tentu lagi ummmph.....Kepada yang berminat bolehlah mencuba resepi mudah ini.
ROTI BAKAR BERDAGING
Sumber: Keluarga ( Kek dan Biskut Buku 2 )
Bahan-bahan Inti
400gm daging cincang
1 paket rempah kari daging ( jadikan pes )
3 labu bawang besar ( di dadu )
3 ulas bawang putih 9 di cincang halus )
1 tin cendawan butang
Daun bawang, daun sup, Capsicum ( utk hiasan )
Garam dan gula secukupnya.
Minyak
Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes kari. Biarkan pecah minyak.Masukkan daging. Tambah garam dan gula secukupnya. Masukkan cendawan.Tunggu sehingga kering dan daging masak. Tabur daun bawang, daun sup dan capsicum. Ketepikan.
Bahan roti.
15 keping roti
1 tin susu cair
4 sudu besar susu pekat
3 biji telur.
sedikit mentega
Campurkan susu cair, susu pekat, telur dan mentega. Gaul sebati.
Cara Melapis.
Celup roti dalam bancuhan susu. Susun dalam loyang. Tabur dengan inti daging. Buat selapis- selapis sehingga habis. Untuk hiasan paipkan mayonis dan sos cili di bahagian atas. Boleh juga ditabur dengan parutan keju. Bakar pada suhu 175C selama 30 minit.
Subscribe to:
Posts (Atom)